Pelancongan di Malaysia

Pelancongan di Malaysia

MENGENAI MALAYSIA


Kenali Malaysia, cintai Malaysia. Sebuah negara berbilang kaum dan bangsa di mana masyarakat Melayu, India, Cina serta pelbagai kumpulan etnik yang lain hidup bersama dalam aman dan harmoni.

Kepelbagaian budaya bukan saja menjadikan Malaysia syurga makanan, ia juga menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai ratusan perayaan yang berwarna-warni. Tidak hairanlah mengapa kita gemarkan perayaan dan kehidupan bermasyarakat. Rakyat Malaysia sememangnya mesra dan peramah.

Malaysia mempunyai kepelbagaian dari segi geografi sepertimana budayanya juga. Malaysia dibahagikan kepada 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan, dipisahkan oleh Laut China Selatan dengan 11 negeri dan 2 wilayah persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya) di Semenanjung Malaysia dan dua negeri dan 1 wilayah persekutuan (Labuan) di Malaysia Timur.

Salah satu tarikan utama Malaysia adalah perbezaan dari segi pembangunannya yang ketara. Menara tinggi melangit membayangi rumah kayu yang dibina di atas tiang. Hotel bertaraf lima bintang berada beberapa meter sahaja daripada terumbu karang purba. Tempat tersorok yang hebat boleh dijumpai di tanah tinggi yang turun menghala ke pantai berpasir hangat serta paya bakau yang padat dan lembap.

Untuk percutian yang sempurna, pengalaman budaya yang pelbagai dan keajaiban semula jadi, sekarang waktunya untuk melawat Malaysia.

*Maklumat lanjut mengenai Malaysia boleh didapati daripada portal rasmi kerajaan Malaysia,www.malaysia.gov.my.





PULAU LANGKAWI
Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawisebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. [1]
Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi atau batu kapur. Lambakan Batu Kawi terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.
"Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama Masihi. Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).

Pantai Cenang
Terletak kira-kira 20 minit dari jeti kuah. Pantai yang paling digemari pengunjung kerana pantai yang cantik dan pelbagai aktiviti pantai boleh dilakukan seperti parasailing, banana boat dan mandi pantai. Terdapat banyak pilihan tempat makan, kedai kraftangan dan souvenier serta kedai bebas cukai.









Pekan Kuah
Syurga membeli belah. pelbagai barangan dijual dengan harga bebas cukai seperti periuk,pinggan mangkuk,toto,rokok, pelbagai jenis coklat dan produk-produk gamat asli. Pelbagai kemudahan seperti bank, masjid, gerai-gerai makan, kedai bebas cukai, pasaraya-pasaraya,kedai runcit dan pasar malam.




Pulau Dayang Bunting (Langkawi Geopark)
Berusia 280 tahun dan pulau kedua terbesar selepas Pulau Langkawi. Mitos pulau ini mengisahkan anak kepada sepasang putera dan puteri raja mangkat sebaik sahaja dilahirkan.Oleh kerana sang puteri sangat sedih dan kecewa, beliau telah menyemadikan mayat anaknya di dalam air tasik ini. Sehingga kini dipercayai kepada wanita yang mandi dan minum air dari tasik ini nescaya dikabulkan hajat untuk menimang cahaya mata., Pakej island hoping (link)

Mangrove Tour Sungai Kilim(Langkawi Geopark)
Berusia 550 tahun.

Pulau Payar Marine Park 
Taman Marin Pulau Payar adalah salah satu dari 5 taman marin di Malaysia. Di bawah peliharaan jabatan laut dan marin,

Kota Mahsuri (Makam Mahsuri)
Lagenda Langkawi sejak 7 keturunan. Lagenda mengisahkan mahsuri seorang perempuan melayu yang difitnah dan dibunuh di khalayak ramai kerana bersekedudukan. Sebelum dibunuh beliau bersumpah agar langkawi kering kontang tiada hasil selama 7 keturunan. Waris mahsuri tinggal di phuket telah berkahwin dan mempunyai zuriat.





Oriental Village dan Cable Car (Panorama Langkawi)
Cable car terpanjang dan tertinggi asia tenggara. Diliham oleh tun dr mahathir mohamadCable car langkawi atau lebih dikenali sebagai panorama langkawi terletak di atas gunung matchincang kira 1000 meter dari aras laut.








PULAU REDANG
Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuktaman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.
Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.







PULAU PERHENTIAN
Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand. Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.
Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu.
Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ia telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar.



No comments:

Post a Comment