Pengangkutan di Malaysia
Pengangkutan di Malaysia mula dimajukan semasa pemerintahan penjajahan British, dan rangkaian pengangkutan negara ini kini luas dan maju.
Kementerian Kerja Raya bertanggungjawab ke atas perkhidmatan jalanraya di seluruh negara termasuklah lebuhraya, manakala rutin pemeliharaan jalanraya diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan mengikut kawasan masing-masing.
Pengangkutan di Malaysia dikendalikan oleh Kementerian Pengangkutan. Agensi ini bertanggungjawab ke atas pengangkutan darat, jalan keretapi, laluan air dan laluan udara.
Rangkaian jalan raya Malaysia adalah sangat besar. Jalan raya di Malaysia merangkumi 63,445 km, termasuk 1,630 km lebuhraya.
Lebuhraya Utama negara ini berpanjang melebihi 800 km, ia mencapai sempadan Thailand dari Singapura. Rangkaian jalan di Semenanjung Malaysia amat berkualiti, manakala Sistem Jalan Raya di Malaysia Timur kurang maju. Cara Pengangkutan Utama di Semenanjung Malaysia termasuk bas, kereta api, kereta dan kapal terbang.
Malaysia mempunyai enam buah lapangan terbang antarabangsa. Penerbangan Rasmi Malaysia ialah Penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines), penerbangan ini menyediakan perkhidmatan antarabangsa dan dalam negeri bersama dua penerbangan lain. Kebanyakan bandar raya besar disambungkan dengan laluan udara.
Sistem kereta api diurus oleh syarikat tempatan, dan merangkumi sebanyak 1798 km, di Semenanjung Malaysia sahaja. Pengangkutan yang amat popular di dalam bandar raya ialah Transit Aliran Ringan (LRT), yang dapat mengurangkan beban lalu lintas dalam sistem pengangkutan yang lain, dan dianggap selamat, selesa dan boleh dipercayai.
Kemudahan Bas
Rangkaian jalan raya Malaysia merangkumi 98,721 kilometers (61,342 bt), 80,280 kilometers (49,884 bt) berturap, dan 1,821 kilometers (1,132 bt) merupakan lebuh raya.
Lebuh raya terpanjang negara ini, Lebuh Raya Utara-Selatan berpanjang melebihi 800 kilometers (497 bt) di antara sempadan Thai dan Singapura. Sistem jalan raya di Sabah dan Sarawak kurang dimajukan dan bermutu rendah jika dibandingkan dengan di Semenanjung Malaysia.
Pemanduan di kiri adalah wajib sejak pengenalan kereta bermotor diNegeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1903 semasa era penjajahan British.
Salah satu contoh pengangkutan bas awam yang sedia ada di Malaysia ialah RapidKL, singkatan untuk Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd merupakan syarikat milik kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai sebahagian penstrukturan semula sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia.
RapidKL yang 100% milik kerajaan, merupakan pengendali ketiga-tiga aliran LRT di Kuala Lumpur, serta merupakan pengendali bas pengantara di ibu kota dan kawasan-kawasan berdekatan.
Kemudahan Kereta Api
Kereta api, atau tren terdiri daripada beberapa kenderaan berlandasan yang boleh bergerak bersama untuk membawa muatan atau penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain melalui laluan tertentu. Landasan kereta api selalunya terdiri daripada rel konvensional.
Pengangkutan keretapi diperkenalkan di Tanah Melayu pada lewat kurun ke- 19. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan-pelabuhan di sepanjang pantai. British telah meperkenalkan pengangkutan ini untuk kepentingan ekonomi mereka.
Tokoh yang bertanggungjawab ke atas pembinaan jalan keretapi yang pertama ialah Sir Hugh Low, residen Perak yang kedua. Landasan keretapi pertama dibina di negara kita adalah dari Taiping ke Port Weld .Di Selangor, Frank Swenttenham membina sebuah landasan kereta api dari Kuala Lumpur ke Port Swettenham(Kuala Klang) dan Seremban ke Port Dickson.
Stesen keretapi yang pertama dibina di Kuala Lumpur pada tahun 1892. Landasan keretapi juga dibina bagi membolehkan kawasan-kawasan baharu dibuka untuk kegiatan ekonomi seperti pelombongan dan penanaman getah.Sebelum 1908, landasan kereta api dari Seremban ke Port Dickson dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta.
Kemudiannya, landasan itu menjadi milik kerajaan negeri-negeri Melayu apabila membeli daripada syarikat tersebut. Pembinaan jalan keretapi antara negeri-negeri hanya dimulakan selepas pembentukan Persekutuan pada tahun 1896.
Menjelang 1941, satu sistem jalan keretapi yang lengkap dibina di Tanah Melayu. Hanya Terengganu sahaja yang tidak mempunyai sistem perkhidmatan kereta api.Tambak Johor dibina pada tahun 1923 merentasi selat Tebrau untuk menghubungkan Tanah Melayu dengan Singapura.
Di Sarawak , landasan keretapi dibina dari Kuching ke Batu 10 . Manakala di Sabah, dari Weston ke Jesselton. Landasan ini dibina untuk membolehkan kawasan-kawasan baharu di sepanjang landasan keretapi itu dibuka untuk pertanian.
Pembinaan landasan keretapi di negara kita hanya tertumpu di kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi sahaja.. Di kawasan lain, alat perhubungan yang utama ialah sungai dan laut.
Perkembangan perhubungan landasan keretapi membawa kepada pengenalan sistem perhubungan seperti telegraf, telefon,pos,dan radio.
KTM Komuter adalah perkhidmatan kereta api elektrik komuter yang pertama di Malaysia. Ia telah diperkenalkan pada tahun 1995 yang menyediakan perkhidmatan kereta api pinggir bandar yang meliputi pusat-pusat bandar dan kawasan pinggir bandar.
KTM Komuter merupakan satu mod pengangkutan popular di kalangan penduduk di Lembah Klang untuk berulang-alik ke Kuala Lumpur. Penumpang boleh berehat dalam keselesaan jurulatih ketika dibawa ke destinasi mereka pada tambang yang sangat berpatutan.
Kemudahan Kereta
Di Malaysia, terdapat segelintir rakyat Negara yang lebih suka memandu kereta sendiri daripada mengambil kemudahan awam.
Salah satu kereta buatan Malaysia yang digunakan oleh ramai orang ialah kereta berjenama Proton. Proton Saga merupakan model pertama syarikat automotif pertama Malaysia iaitu PROTON, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore.
Proton dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke-100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. Semasa pelancarannya, kereta Proton Saga pertama telah dihadiahkan kepada Muzium Negara sebagai simbol bermulanya industri automotif negara.
Sejak daripada itulah Proton Saga menyumbang sebahagian besar daripada hasil jualan Proton. Varian Saga amat popular di kalangan pemandu teksi kerana harganya yang murah serta kos penyelenggaraan yang rendah.
Proton Saga telah dilancarkan pada September 1985 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar[1], seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana biji saga amat mudah didapati di Malaysia.
Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga semasa upacara perasmian Jambatan Pulau Pinang pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga ditenagai enjin SOHC 8 injap 4 silinder yang dibekalkan oleh Mitsubishi dengan pilihan model 1.5L dan 1.3L. Varian transmisi automatik hanya boleh didapati pada model 1.5L sahaja. Versi hatchback pula dikeluarkan pada tahun 1987, dikenali dengan nama Proton Knight pada mulanya dan kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.
Proton Saga mula dieksport di United Kingdom pada tahun 1989 dan sejak daripada itulah United Kingdom menjadi penyumbang utama pasaran eksport Proton. Pada tahun 1990 pula, enjin sedia ada dinaiktaraf kepada enjin 12 injap yang menghasilkan kuasa kuda kepada 75 bhp bagi model 1.3L dan 90 bhp pada enjin 1.5L. Selain itu, ciri keselamatan tambahan seperti tali pinggang belakang serta lampu brek ketiga turut dipasang.
Kemudahan Kapal Terbang ✈
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Bahasa Inggeris: Kuala Lumpur International Airport; Tulisan Jawi:لاڤڠن تربڠ انتارابڠسا كولاا لومـڤـور; Singkatan:KLIA) (IATA: KUL, ICAO: WMKK) merupakan salah satu hab penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara selain Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan Lapangan Terbang Changi Singapura.
Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di Malaysia dan merupakan yang terbesar di negara ini. Ia terletak di daerah Sepang, Selangor dan hampir 50 kilometer jaraknya dari ibu negara, Kuala Lumpur. Dibina dengan kos mencecah AS$ 3.5 bilion, KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang.
Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.
Lapangan terbang ini diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA). KLIA juga merupakan hab utama bagi Malaysia Airlines, MASkargo, AirAsia dan AirAsia X. KLIA juga merupakan perhentian untuk "Laluan Kanggaru" bagi Malaysia Airlines. Slogan lapangan terbang ini ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" (Bringing the World to Malaysia and Malaysia to the World).
Kod IATA untuk lapangan terbang ini, KUL sebenarnya diambil daripada lapangan terbang utama Malaysia yang terdahulu, Lapangan Terbang Subang.
Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.
KLIA mempunyai satu Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) yang mula beroperasi pada 26 Mac 2006 bagi menampung penumpang yang menaiki AirAsia dan juga penerbangan tambang rendah yang lain.
Malaysia Airlines System (Bahasa Melayu: Sistem Penerbangan Malaysia); dijenamakan sebagai Malaysia Airlines (Bahasa Melayu: Penerbangan Malaysia) ialah syarikat penerbangan kebangsaan Malaysia yang mempunyai lebih 100 destinasi (kini hanya tinggal 60 destinasi sahaja) di seluruh dunia.
Syarikat ini juga menjalankan operasi penerbangan domestik dan antarabangsa. Hub utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur manakala, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dijadikan sebagai hub kedua.
Syarikat ini merupakan salah satu daripada 7 syarikat penerbangan lain di seluruh dunia yang mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Skytrax Selain All Nippon Airways, Asiana Airlines, Cathay Pacific, Hainan Airlines, Qatar Airways dan Singapore Airlines. Malaysia Airlines telah diberi kredit oleh IATA melalui IATA Operational Audit kerana perlaksanaan keselamatan operasinya.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Malaysia merupakan negara yang mempunyai banyak kemudahan pengangkutan yang sering berkembang maju untuk bersaing dengan abad ke-21. Oleh itu, bidang Pengangkutan merupakan salah satu bidang untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pelbagai bidang.
TAWARAN PERKHIDMATAN PINJAMAN, MOHON SEKARANG DAN DAPATKAN KELULUSAN TANPA STRESS ATAU BERTANGGUH.
ReplyDeleteHello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan.Kami menawarkan
pinjaman pada kadar faedah 2%, Hubungi kami melalui Whatsapp +918794792073
mghfbibdgf@gmail.com
BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
*******************************
1) Nama Penuh:
2) Jantina:
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
4) Tempoh Pinjaman:
5) Negara:
6) Alamat Rumah:
7) Nombor Mudah Alih:
8) Nombor Faks:
9) Pekerjaan:
10) Pendapatan Bulanan:
11) Tarikh Gaji:
12) Tujuan pinjaman:
13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
mghfbibdgf@gmail.com
QUICK EASY EMERGENCY URGENT LOANS LOAN OFFER EVERYONE APPLY NOW +918929509036 financialserviceoffer876@gmail.com Dr. James Eric
ReplyDelete