Pendidikan di Malaysia
Pendidikan di Malaysia ditanggung oleh kerajaan persekutuan. Sistem pendidikan kebangsaan dibahagikan kepada pendidikan dari pra-sekolah hingga pengajian tinggi di universiti. Pendidikan pra-tertiari yang terdiri dari pra-sekolah hingga pendidikan menengah adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia manakala pendidikan tertiari pula berada di bawah tanggungjawab Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Visi kerajaan adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan.
Pendidikan Prasekolah
Prasekolah menerima kemasukan kanak-kanak berumur 4-6 tahun. Pengajian tadika bukan menjadi pengajian wajib dalam di Pendidikan Malaysia. Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta digalakkan.Pada hari ini, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. Malah kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah.
Pendidkan Pendidikan Rendah
Pendidikan sekolah rendah merupakan suatu kewajipan bagi murid-murid berumur antara tujuh hingga dua belas tahun untuk dihadiri Pendidikan di peringkat ini bebas daripada yuran dan memberikan peluang kepada orang yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan umum yang diperlukan.Para pelajar diperlukan menduduki peperiksaan umum pada akhir sesi pengajian sekolah rendah, sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas.
Pendidkan Menengah
Sekolah menengah awam boleh dilihat sebagai pelanjutan selepas sekolah rendah. Bahasa Malaysia merupakan bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran selain Sains (Biologi, Fizik dan Kimia) dan Matematik (termasuk Matematik Tambahan) Para pelajar seharusnya belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Setiap tingkatan mengambil masa selama setahun. Pada akhir Tingkatan Tiga yang turut digelar sebagai peringkat menengah rendah, para pelajar diperlukan menduduki PMR. Berdasarkan pencapaian PMR ini, pelajar akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera berdasarkan pilihan pakej masing-masing.
Pada akhir Tingkatan Lima yang dikenali juga sebagai peringkat menengah atas, para pelajar perlu menduduk peperiksaan SPM sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah. SPM adalah berdasarkan peperiksaan School Certificate United Kingdom lama sebelum menjadi peperiksaan Tahap 'O' . Keputusan SPM dikeluarkan pada Mac tahun selepas peperiksaan dijalankan.
Pendidikan Pra-Universiti
Selepas SPM, para pelajar mempunyai pilihan sama ada ingin melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 matrikulasi, atau pengajian diploma di pelbagai instituti pendidikan. Jika pelajar melanjutkan pelajaran keTingkatan Enam, mereka perlu menduduki peperiksaan STPM. Tingkatan 6 yang terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah serta Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua tahun.
Selain itu, para pelajar turut dapat memohon kebenaran untuk mengikuti program matrikulasi yang mengambil masa selama satu atau dua tahun.
Pengajian Tinggi
Pemohon memerlukan kelayakan STPM, matrikulasi atau diploma yang telah diiktiraf, serta kelulusan-kelulusan lain yang setara . Keputusan yang baik dalam peperiksaan tidak menjamin kemasukan universiti awam. Ini adalah kerana tempat pengajian bagi sesetengah program adalah terhad. Para pelajar mempunyai pilihan untuk pergi ke institusi swasta atau awam bagi meneruskan pendidikan peringkat tinggi. Banyak institusi memberi kursus dengan bekerjasama dengan institut atau universiti di luar negeri. Sesetengah universiti di luar negeri pula membuka cawangan di Malaysia.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Malaysia merupakan sebuah negara yang memberi pendidikan yang berkualiti kepada pelajar-pelajar dari seluruh dunia. Pendidikan di Malaysia juga sering berkembang maju untuk bersaing dengan abad ke-21. Oleh itu, bidang Pendidikan merupakan salah satu bidang untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pelbagai bidang.
No comments:
Post a Comment