Muzik Tradisional di Malaysia
Setiap negeri di Malaysia mempunyai pelbagai jenis dan bentuk alat-alat muzik yang sering digunakan untuk memainkan pelbagai bentuk teater tradisi Melayu seperti wayang kulit, makyung, mek mulung, gamelan, kuda kepang, jikey dan sebagainya. Alat-alat utama seperti dari keluarga gendang, rebab tiga tali, gambus, serunai dan jenis-jenis gong, secara mutlak adalah milik masyarakat Melayu di mana ianya telah diwarisi dan dicipta oleh orang-orang Melayu turun temurun sejak beratu-ratus tahun lamanya.
Di samping itu juga, alat-alat utama yang didapati berkembang di bawah tradisi "sinkretik" merupakan sebahagian yang terpenting dalam sejarah perlembagaan muzik Melayu tarisi di Malaysia yang sangat berkait dengan budaya popular masyarakat Melayu bandaran. Contohnya seperti Ghazal, Keroncong, Asli dan sebagainya. Alat-alat seperti Tabla, Harmonium, Gitar, Cello, Akordian, Mandolin, Violin dan Flute sudah tidak asing lagi bagi kita. Pendek kata unsur-unsur muzik dari pengaruh-pengaruh asing seperti Barat, Arab dan India khususnya ini telah disebatikan ke dalam bentuk muzik tradisional tempatan yang sedia ada tanpa menghasilkan nilai serta ciri-ciri keasliannya yang sedia terbentuk. Malah ianya turut memperkaya dan mempelbagaikan lagi "genre" muzik berkenaan.
Muzik sebagai cabang ekonomi
Definisi awal mengenai ekonomi adalah dinyatakan dalam bentuk kekayaan,
yang mana bukan sahaja dimaksudkan dengan emas dan perak tetapi semua jenis
barang lain. Adam Smith menganggap ekonomi sebagai kajian ke atas sifat dan
sebab-sebab kekayaan negara sementara Mill J. S. menganggap ekonomi sebagai
sains praktikal mengenai pengeluaran dan pengagihan kekayaan (Hanson: 1981:
5-6). Tujuan semua pengeluaran adalah untuk memenuhi kemahuan manusia.
Dengan berkembangnya tamadun manusia, kemahuan mereka menjadi berlipat
ganda dan dengan bertambahnya kemahuan manusia yang dapat dipenuhi akan
bertambah tinggi lagi taraf hidup mereka.
Di dalam organisasi ekonomi, sejumlah
besar jenis barang-barang dikeluarkan dan barang-barang baru tetap akan
diperkenalkan. Oleh itu, orang-orang yang bekerja dalam pengeluaran yang
bertujuan untuk mendapatkan alat yang membolehkan mereka memuaskan
kemahuan mereka sendiri, dan kemahuan-kemahuan orang lain. Dengan itu,
orang-orang tadi adalah serentak sebagai pengeluar dan pengguna (Hanson: 1981:
19-20). Dalam memenuhi kehendak pengguna, wujudnya penawaran atau
urusniaga pembelian di antara pengeluar dan pengguna di mana yang berlaku
dalam hukum penawaran dan permintaan iaitu lebih tinggi harga, lebih besar
kuantiti yang akan ditawarkan (Hanson: 1981: 155).
Begitu juga yang berlaku dalam bidang muzik sehingga ia mampu menjadi
sebuah industri dan sebahagian daripada kegiatan ekonomi kepada peserta dan
penggiatnya seperti penulis lirik, penggubah lagu, penerbit, penyanyi sehinggalah
individu di belakang tabir. Kewujudan muzik sebagai produk dalam masyarakat
telah wujud sejak dari dahulu lagi misalnya di dalam teater, filem dan di dalam
industri penyiaran. Muzik yang mengiringi lagu-lagu bangsawan, lagu-lagu popular
dalam wayang gambar banyak mempengaruhi perkembangan muzik sehingga
menjadi satu industri rakaman album yang komersial. Syarikat pertama yang
berdaftar di Malaya ialah Hup Hup Sdn. Bhd.
Pada tahun 1949 yang kini dikenali
sebagai Life Records. Pada tahun 1960-an semua studio rakaman menggunakan
sistem rakaman dan pada tahun 1970-an, mixer 16 saluran mula digunakan
seterusnya pada tahun 1980-an pula, alatan studio rakaman terus meningkat
canggih sehingga sekarang apabila hampir semua rakaman komersial dibuat
dalam format digital atau penggerak dalam industri muzik tradisional ialah artis, syarikat rakaman,
penerbit album, pemborong di samping pengguna seperti yang ditunjukkan pada
Rajah 1.
Hubungan yang rapat antara satu faktor dan satu faktor yang lain menjadikan
setiap komponen penting dalam menjalankan aktiviti industri. Industri muzik
beroperasi seperti sebuah ekosistem yang mempunyai hubungan simbiotik di
antara individu (para artis, pencipta lagu, penggubah, produser dan sebagainya)
dan syarikat-syarikat yang terlibat (syarikat rakaman, syarikat penerbitan, studio
rakaman, studio penerbitan dan sebagainya.
Hubungan sedemikian
menyebabkan kesan tindakbalas secara langsung dan menyeluruh sama ada positif
atau negatif terhadap rangkaian industri muzik tersebut boleh berlaku (KPKK:
2005: 17). Jelas bahawa aktiviti yang berlaku dalam kegiatan muzik dan
produknya, menghasilkan satu sumber ekonomi kepada para peserta dan penggiat
muzik. Hal ini kerana, produk juga difahami sebagai suatu barangan fizikal,
mempunyai jenama tersendiri, melibatkan reputasi syarikat, disampaikan kepada
pengguna dan ciri-cirinya yang lain lagi (Alvin: 2006: 10).
Dengan itu, karya
lagu atau irama muzik yang dihasilkan melalui rakaman album turut tergolong
Rajah 1: Industri Muzik Tradisional
Sumber: Diubahsuai daripada Martin: 2005: 364
Artis
Syarikat Rakaman
Pemasaran dan
Promosi Pengedar
Pengguna/
Pendengar Artis
Jualan Konsert/Produk Informasi
Jurnal Komunikasi, sebagai suatu produk yang dipasarkan kepada masyarakat yang menjadi sumber
ekonomi kepada golongan yang terlibat.
Malaysian Journal of Communication Jilid 26(2): 47-65 54
Industri Muzik Malaysia
Di Malaysia, muzik adalah sebahagian daripada seni dalam budaya masyarakat
berbilang bangsa dan etnik. Ia teranyam dalam fabrik budaya, sehingga dari satu
segi, muzik tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan masyarakat sejak kewujudan
masyarakat dan etnik berkenaan. Oleh itu, muzik yang salah satu fungsinya
sebagai hiburan, sangat mudah diketengahkan dalam arus pembangunan industri
media di Malaysia. Keadaan ini lebih dipermudahkan apabila industri media itu
sendiri diperkenalkan di peringkat awalnya oleh pihak penjajah Inggeris, yang
telah terlebih awal membangunkan industri ini.
Apabila radio diperkenalkan,
muzik adalah unsur utama kandungan siarannya. Apabila radio menggunakan
pelbagai bahasa untuk khalayak pelbagai etnik, sekali lagi jenis-jenis muzik dari
pelbagai bahasa juga turut disiarkan. Apabila radio sebagai media dikuasai
pemerintah tentera Jepun, kumpulan-kumpulan muzik tempatan berkembang
seperti cendawan tumbuh di waktu hujan. Sejak tahun 50-an lagi, kumpulan
muzik Radio Malaysia diwujudkan, kemudiannya berkembang menjadi Orkestra
Radio Malaya. Galakan yang diberikan oleh Pentadbiran Tentera Jepun dalam
pembangunan seni muzik di Malaya telah menggerakkan usaha aktiviti rakaman
ke piring hitam. Keperluannya yang meningkat akibat bertambahnya jumlah masa
siaran di semua saluran radio dalam pelbagai bahasa mengkataliskan
pembangunan industri muzik itu. (Asiah Sarji, 1996).
Walau bagaimanapun,
pembangunan industri ini tidak diuruskan oleh mana-mana jabatan kerajaan secara
khusus seperti industri-industri lain. Selain itu, industri muzik juga mempunyai
komponen-komponen yang menyokong aktiviti muzik tersebut yang membentuk
subsistemnya sendiri seperti syarikat rakaman, syarikat-syarikat pemasaran,
syarikat-syarikat yang menganjurkan pertunjukan-pertunjukan, kelompokkelompok
pemuzik, pencipta, penulis lirik, pengadun muzik dan berbagai lagi.
Apabila perkembangannya menjadi sangat luas, berbagai masalah timbul.
Masalah-masalah ini memerlukan satu ruang pengurusan penyelesaian yang lebih
terpusat.
Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Warisan Malaysia atau KEKWA
(sekarang dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan
(KPKK) menyatakan masalah-masalah inilah yang menyebabkan kementerian
ini membuat keputusan untuk meletakkan industri muzik di bawah
pengawasannya.
KPKK telah mengenal pasti bahawa industri muzik terbahagi
kepada dua bahagian iaitu Bahagian Pengeluaran dan Penghasilan serta Bahagian
Sokongan seperti yang ditunjukkan pada rajah 4 (KPKK: 2005: 7). Keadaan
industri yang semakin membesar dan akibat tekanan persekitaran ekonomi dan
teknologi yang tidak memihak kepada peserta-peserta industri, telah
menyebabkan penggerak utama dalam industri muzik seperti penganjur konsert,
pentadbir syarikat rakaman, pengusaha dan penerbit album semakin meninggalkan industri muzik untuk mencari kerja lain yang mungkin lebih
menarik dan menguntungkan. Laporan Music Author’s Copyright Protection
(MACP) yang mewakili pencipta lagu dan penulis lirik dalam kutipan royalti
persembahan awam dan penyiaran kepada KPKK, bertarikh 9 Mac 2005
menyatakan jumlah keahlian Pencipta/ Penulis Lirik yang berdaftar dengan
MACP pada tahun 2004 adalah seramai 2075 ahli (KPKK: 2005: 11).
Bahagian
Sokongan adalah bahagian yang penting dalam perkembangan dan kemajuan
industri muzik dan mewakili golongan yang terlibat secara artistik dalam
penghasilan produk yang berasaskan muzik. Golongan ini digelar karyawan iaitu
yang terdiri daripada pencipta lagu, penulis lirik, penggubah muzik, pemuzik
dan jurutera bunyi.
Daripada segi ekonomi, golongan karyawan memperolehi pendapatan melalui
hasil karya yang dikutip daripada royalti mekanikal, persembahan dan penyiaran
awam. Akibat kesedaran masyarakat Malaysia yang semakin meningkat terhadap
hak ciptaan karyawan dan semakin diiktiraf serta diberi penghormatan, maka
berlaku peningkatan dari segi kutipan royalti dari hanya berjumlah RM0.435 juta pada tahun 1989 melonjak kepada RM19.159 juta pada tahun 2004. Apa
yang berlaku di Malaysia tergambar dalam sistem-sistem industri muzik lain di
Asia.
Muzik industri, sekiranya diuruskan dengan sistematik sama ada dari segi
sistem mahu pun dasarnya, boleh menjadi produk pasaran yang boleh menyokong
pembangunan ekonomi sesebuah negara itu. Kedudukan pendapatan daripada
industri ini boleh mengukur kekuatan sistem industri muzik di sesebuah negara.
Dalam Jadual 1, ditunjukkan bahawa negara-negara seperti Hong Kong, Jepun,
Singapura, Korea dan Taiwan mendahului dari segi nilai pasaran industri ini di
Asia.
Walaupun rakyat atau pengguna pasaran tempatan kecil di Singapura,
tetapi Singapura mempunyai kesedaran bahawa muzik adalah produk yang boleh
menguntungkan ekonominya sekiranya ia diuruskan dengan sistematik. Menurut
Bernstein (2007), perniagaan muzik di Asia adalah satu industri yang unik
disebabkan saiz pasarannya, kelajuan pembangunan dan keadaan atau tindakan
yang tidak sah di sisi undang-undang (kegiatan haram). Dibandingkan dengan
negara lain, pasaran muzik di Asia mempunyai potensi tinggi dalam pembangunan
saiz dan kelajuannya. Jadual menunjukkan populasi dan keuntungan kasar
domestik produk di Asia pada tahun 2006.
Bagi sesetengah kumpulan, media massa memainkan peranan mempengaruhi
tindakan sosial dan perbincangan politik. Bagi sesetengah kumpulan lain, media
massa hanya mempunyai peranan tambahan dalam pembentukan pendapat awam
(Lent, 1983: 120-121). Dalam masyarakat Amerika, terdapat tiga konsep
mengenai media massa (Shirley: 2005: 11) iaitu:.
a. Media massa adalah pusat keuntungan dalam perniagaan;
b. Sebahagian perubahan dalam pembangunan teknologi adalah melalui media
massa;
c. Media massa mempengaruhi politik, masyarakat dan budaya
Media massa berfungsi sebagai sebahagian daripada kekuatan negara dalam
memodenisasikan sesebuah negara. Tanggungjawab penting media massa adalah
mewujudkan rangka politik yang stabil dan kukuh untuk mewujudkan suasana
baik perkembangan sosial seterusnya membentuk perkembangan pembangunan
kebangsaan dalam pelbagai sektor. Dengan penjelasan mengenai kepentingan
media dalam masyarakat dan kepada negara, media dianggap sebagai satu medium yang penting dalam menyampaikan sebarang jenis maklumat melalui
pelbagai jenis kewujudan media pada masa kini seperti radio, akhbar, majalah,
televisyen dan tidak ketinggalan internet.
Sehubungan dengan itu, proses
pembangunan muzik tidak terlepas daripada dipengaruhi oleh penggunaan media
massa. Scharmm amat yakin dengan peranan media dalam konteks
pembangunan negara. Selain itu, Rao (dalam Lent, 1983) menyarankan, bahawa
media massa bukan sahaja merupakan tenaga penggerak utama pembangunan,
tetapi ia menyediakan ruang yang besar yang amat diperlukan dalam senario
interaksi sosial dalam putaran pembangunan di sesebuah negara (Lent: 1983:
139-142).
No comments:
Post a Comment