Sunday, 8 February 2015

KEPELBAGAIAN BIDANG DI MALAYSIA


Di dalam sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai bangsa yang berlainan agama, adat resam dan budaya, usaha untuk melaksana pembangunan bukanlah satu tugas yang mudah. Bagaimanapun bagi seseorang pemimpin yang amanah, walau sesukar mana pun, dia perlu melaksanakan tanggungjawab tadi dengan sepenuh hati. Jadi satu pendekatan khas perlu dikenalpasti. Pada masa yang sama pendekatan tadi perlulah bersifat berkecuali dan tidak dilihat sebagai menyebelahi mana-mana kumpulan kaum yang terdapat di negara terbabit.


Apa yang jelas, usaha pembangunan akan menjadi mudah jika sesebuah masyarakat itu diikat dengan unsur kesatuan dan perpaduan. Kesatuan ini akan bertambah kukuh jika mereka bergabung di atas dasar saling percaya mempercayai dengan kumpulan masyarakat yang lain. Melalui kesatuan yang ditunjukkan oleh rakyat, semangat untuk bekerjasama akan terhasil dan seterusnya ia membantu untuk mempercepatkan usaha pihak pentadbir menyalurkan kebaikan dan kemakmuran kepada setiap ahli masyarakat.


Marilah bersama-sama kita mempelajari pelbagai bidang di Malaysia. Sila juga berkongsi maklumat ini bersama rakan-rakan anda.








(Untuk Makluman Semua : Semua maklumat yang dipaparkan di sini adalah dikumpul dari pelbagai tempat serta infomasi sendiri. )